Fuhssss...
Lame benor ghasenya tidak membebel di sini.
Maaf, kesibukan + kemalasan terlampau membuatkan aku malas menaip apa2 yang dirasakan tidak begitu penting melainkan assignments yang makin menggunung dan sedang menjerit-jerit minta ditaip dengan kadar waktu yang segera.
Pergh, gila panjang ayat tanpa noktah.
Oh, termerapu. Maaf sekali lagi.
Baiklah, kita berbalik pada isu utama yang ingin dinyatakan melalui entry ini, tidak lain tidak bukan adalah untuk mengpromosikan
Dalam erti kata lain, family business.
Mungkin sesetengah orang lebih senang menyebut kek cawan sebagai "Cupcake", terpulanglah pada lidah dan citarasa masing2.
Kedai kek cawan kami dinamakan sebagai "The Cupcake Shop, by Baker's Tales" atau lebih ringkas, "The Cupcake Shop."
Lokasinya, adalah di Arked Maidam yang terletak di hadapan SK. Losong. Dekat2 dengan area yang menjual keropok lekor. Jika anda singgah utk membeli keropok lekor maka, eloklah singgah sekali untuk membeli cupcake.
Cupcake dan keropok lekor adalah gandingan yang amat sesuai bagai keju dengan belacan.
Tapi, ingin ditegaskan di sini, kedai cupcake kami terletak di Kuala Terengganu. Oleh yang demikian, memang orang2 yang berada di Terengganu sajalah yang dapat membeli cupcake di kedai kami.
Bukan kami bersikap diskriminasi terhadap orang luar, tetapi perlu diketahui bahawa cupcake adalah sesuatu yang agak mustahil utk di pos walau apa jenis pos yang diguna.
So, kalau anda datang ke Terengganu, sila jadikan kedai kek cawan kami sebagai salah satu destinasi pelancongan anda ye. :D
Selain daripada menjual "Daily Cupcake" pada setiap hari kecuali Jumaat, kami juga menerima tempahan cupcake, cake, cookies, dan mcm2 lagi utk dijadikan hantaran kahwin, tunang, birthday etc.
Utk maklumat lanjut, boleh like kami di facebook "Baker's Tales Cupcake" atau terus ke Official Sites.
Contoh cupcake utk hantaran perkahwinan @ tunang.
Selain cupcake, kami turut menjual macam jenis desert lain. Contoh dlm gambar, bread butter pudding with vanilla sauce.
This is our all time favourites : Strawberry and peach tart with cream cheese filling.
Tiramisu cake. Kalau nak kek yang ada karikatur macam ni memang kena tempah. This one is for Ustaz Azhar Idrus requested by his daughter.
Blueberry cheesecake.
Contoh fondant cake yg ditempah utk majlis kahwin.






