Inilah antara situasi2 yang paling kerap berlaku dalam hidup aku.
Situasi 1
Sedang aku jalan2 ngan mak aku, tetiba terserempak ngn kenalan mak yg dah lama tak jumpa. Then dorang borak2 sampai lebam sambil aku tercegat kat situ.
Kawan mak : Ni anak Kak Ma ek? *Kak Ma @ mak aku.
Mak : Haah. Ni yang bongsu la ni.
Kawan Mak : Ohhh.. yang bongsu. Sekolah tingkatan berapa?
Mak : Sekolah hape bendanya. Belajar kat maktab dah.
Kawan Mak : Owh... Laa, ye ke? Ingatkan sekolah menengah lagi.
Aku (sambil sengih kambing yg sgt busuk) : Erm.. bljr kat maktab skang. Da 21 tahun dah.
TT__TT
Situasi 2
Satu malam, aku ngan parents kuar p makan kat warung. Pastu datang la sorang mamat A ni nak minta order.
mamat A : Nak makan apa?
Ayah : tak mau makan dah. Air teh tarik je.
Mak : Em, air teh o kosong. Jangan buh gula.
Aku : Nak makan kuey teow goreng yg ada kuah.
mamat A : Kuey teow goreng ada kuah??? Cane?
Aku : Laaa, kuey teow goreng yg ada kuah tu la. Taktau nak ckp caner.
mamat A : Kuey teow goreng basah ek?
Aku : haaaa...yang tula. Hehe.
mamat A : Owh...cakap la kuey teow goreng basah. Takpe..takpe.. awak sekolah lagi kan? Belajar dari kesilapan.
Mak (sambil gelak2) : Haah. Baru tingkatan 3.
Mamat A : Owh....
Aku : TT_____TT
Situasi 3
Masa aku wat PBS kat sekolah hari tu ada la sorang murid perempuan ni datang kat aku. Darjah 6 dah kot. Tapi lagi tinggi dari aku. Isk. Apsal la dak2 zman skarang cepat sgt membesau ye?
Murid : Cikgu, cikgu umur berapa?
Aku : Awak rasa brapa umur cikgu?
Murid : Ermmmm... cikgu sekolah lagi ke?
Aku : Awak rasa?
Murid : Tak. Cikgu baru abis sekolah. Umur cikgu 18 tahun!
Aku : Erm....betul lah tu. 18 tahun tambah 3. TT___TT
Hokey. Serius aku tak tipu. Memang situasi2 ni selalu terjadi dalam hidup aku terutamanya mcam situasi 1 tu..
Bukan tahun ni je aku kena serbu ngan soklan2 camtu. Dah berabad lamanya. Masa aku sekolah menengah, dorang tanya if aku still sekolah rendah. Bila dah masuk maktab dorang tanya if aku still sekolah menengah.
AKu mengaku, memang dulu2 bila orang tny aku mcm tu, aku rasa gembira sebab rasa diri muda + evergreen gitu. Tapi kan...Tapi kannn...bila dah selalu sgt ditanya macam tu, aku rasa sedih la pulak. Salah satu sebab aku nampak tak matang mungkin kerana aku PENDEK. Fine. Aku pendek. Tapi ramai lagi orang lain yg pendek cam aku. Ala, berlambak kot yg tinggi 150 cm. Tapi bila aku tny, depa ckp takde lak situasi cam2 terjadi dlm idup depa. Entahla.
Kalau korang kenal aku, sejak semenjak dua menjak ni memang jarang sangat aku pakai t-shirt and jeans bila p jalan2. Sebab apa? Sebab aku nmpk mcm budak tingkatan 4. So, no more plain t-shirt and jeans for me.
Ramai orang cakap yg aku beruntung sebab depa anggap aku muda daripada umur aku. Kebanyakan orang rasa sedih sebab nampak lagi matang daripada umur sebenar. Pada aku, dua2 ada pros and cons nya. Yang tak bestnya bagi aku, most of the time aku akan diberi layanan double standard.. Depa layan aku cam dak sekolah...

hey makcik!!!! guess what... kita serupa~~~~~~~ ter sgt2 la seropa ini cerita macam saya juga la..
ReplyDeletehuuuuuuu~~~~
aha...
ReplyDeleteyeah...ada kawan keserupaan~
fed up ah slalu kena pnggil dak sekola.. huhu~