Tuesday, March 15, 2011

Tiupan sangkakala semakin hampir!



Beberapa hari lepas, dunia dikejutkan dengan bencana gempa bumi dan tsunami yg melanda daerah Sendai, Jepun.
Aku & family di Thailand masa menonton berita tu di CNN.
Allah saja yang tahu perasaan kami sekeluarga masa menonton berita tu.
Seram sejuk dan menggeletar bila teringatkan abang & kakak ipar aku yg tinggal kat Hiroshima, Jepun.
Nak telefon tak boleh sebab telefon kitaorang takde coverage kat Thailand. Internet pon takde.
Nasib baik kitaorang terjumpa sebuah kedai CC. Terus skype ngn abg & kak ipar.
Alhamdulillah, dorang semua selamat sebab kawasan dorang jauh dari tempat gempa dan tsunami.


Kerisauan seorang bapa! Lega bila dapat dengar suara anak lelaki & menantu dia.


Menurut abang aku, kat tempat dia takde rasa gegaran atau gempa. Masyrakat sekeliling meneruskan hidup macam biasa.
Cuma sekarang dalam keadaan berjaga-jaga mengenai beberapa letupan nukelar yg berlaku.
Bencana ni berlaku kerana ketentuan Allah, qada' dan qadar. Bukanlah salah pembangunan teknologi dan sebagainya. Ini takdir Allah!
Mujurlah rakyat jepun merupakan masyarakat yang mempunyai moral dan mentaliti tinggi. Bukannya seperti rakyat Malaysia yang kebanyakannya pentingkan diri sendiri.
Dalam keadaan genting macam ni pun, mereka still beratur utk dapatkan bantuan makanan dan perubatan. Tak berlaku sebarang perebutan atau kekecohan. Malah laporan kecurian pon takde.
Cuba bayangkan kalau perkara ni berlaku di Malaysia, boleh ke masyarakat kita yang kebanyakannya beragama ISLAM berkelakuan sebegini??!


Rakyat kita bukannya mahu bersimpati atas bencana ni, malah boleh pula buat lawak yang teramat bodoh dan menjengkelkan sampaikan satu dunia mengeji dan mengutuk kita.
Aduh. Malu. Malu! Orang Melayu, Orang Islam, nama ada bubuh "bin", "binti" tapi perangai lebih memalukan dari kera di hutan.
Maaf cakap, tapi ini hakikat perangai orang kita.
Ya, pihak berkenaan dah pun minta maaf atas apa yg terjadi tapi maaf tu dah basi. Tak diterima orang. Tak pikir sebelum buat.
Masalahnya sekarang, bukan mereka sahaja yang dipersalahkan tapi seluruh rakyat Malaysia akan dikutuk dan dipersalahkan atas perkara bodoh ni.
Menurut kakak ipar aku, kawan2 Jepun dia buat tak endah je ngn dia sejak kebelakangan ni. Sepatah ditanya, sepatah jawab. Malah, pasukan SMART Malaysia tak di "mention" pun dalam berita2 kat Jepun sana. Mungkin masyarakat dia dah menyampah ngn rakyat Malaysia.
Yela, aku yg rakyat Malaysia ni pon menyampah, lagikan rakyat Jepun.
Ko pikir la sendiri, bai!


This is so NOT FUNNY!
Haa.. ada sape2 rasa lawak tak ngn kartun & kenyataan di atas?
Kalau ada, sila angkat tangan, aku nak tampar korang laju2.




*antara tanda kecil kiamat ialah berlaku byk gempa bumi. Tiupan sangkakala semakin hampir! Bersediakah aku?

2 comments:

  1. Statement dkt Twitter agak FUNNY! (Sorry jgn Tampar I) hehe... but seriously I'm so sad for Japan.! *Pray For Japan

    ReplyDelete
  2. LOL. Don;t worry.
    I tak tampar u sebab I tak tau sape U. :P

    Yup. Let's keep on praying for them.
    :)

    ReplyDelete