Tuesday, December 06, 2011

Cerita best, ini cerita best!


Img cr : Google Img.

Bagi korang2 yang bosan time cuti ni, meh sini aku nak recommend satu cite best. Haha.
Bukan drama Korea, bukan bukan. Aku off dulu tengok drama Korea lepas Scent of a Woman hari tu..
Cite yg aku nak recommend ni cite Thailand. Kalau korang tak suka cite Thailand, haa takyah la duk baca entry ni..ngahaha.
Dulu pun aku da pernah tulis entry sal cite Thailand, "Crazy little thing called love"... Punyala ramai minat hero cite tu kan kan. Hadoi. Hahaha...
Skang ni aku nak promote drama plak... Drama "Game Rai Game Rak"..
Kalau nak nonton, sila search kat pakcik Youtube, gerenti jumpa. Aku pun slalunya tengok online je kalu cite2 Thailand. Malas nak download sebab depa pnya cite panjang and banyak episod.
Antara penyebab utama aku nengok cite ni sebab Nadech Kugimiya and Yaya yg jadi pelakon utamanya. Kalau tak, takdela nak tengok sangat kan..
Sebelum ni dorang da pernah berlakon skali dalam cite "Duang Jai Akkanee"... Tapi aku rasa cite baru dorang ni lagi best dari yg hari tu sebab Nadech makin hensem. Cis!
Nadech ni sebenarnya satu management ngan Mario, hero movie Crazy little thing called love, Boy, Mark & yg terbaru Ken. Management dorang ni memang aim nak kumpul hero2 hensem kot. Agaknya la...

Img cr : Google Img.

Episod2 awal drama ni memang super lawak and comel. Seriously!... Yaya sangat comel macam barbie doll.. Hehehe. Tapi bila dah episod pertengahan, cite dia jadi makin serius, complicated and kadang2 agak depressing.. 
Oh, kalau korang ni jenis yg skema bila nonton drama, aku rasa takyahla korang duk tengok. Nanti kan korang  duk condemn sana sini je sebab banyak part yg tak masuk akal dalam drama ni. Contohnya, macam mana seorang perempuan yg tinggal kat pulau still bleh nampak cantik, pakai make-up, rambut pun siap ada volume lagi. Lepas tu, macam mana seorang pemuda yang selama hidup tinggal kat pulau, tak dapat proper education, tapi lepas tiga tahun, tiba2 je bleh jadi CEO syarikat penerbangan. Hahaha. 
Tak logik kan? Haaa...so kalau korang jenis yang skema takyah la buang masa tengok cite ni..
Tapi macam aku ni, aku pakat tibai je and tak amek port pun menda2 tu semua sebab da tau tu drama je, sah2 la tak logik kan? Ye dak?. lol

Aku pun takleh nak bagi rating lagi sebab cite ni still on air, and sekarang aku agak da episod 18 kot kalau kat youtube. Drama ni ada 21 episod semuanya... Tapi stakat episod 14 yg aku nonton, drama ni memang best. Gua gelenti sama lu. Ahakz. Jadi apa tunggu lagi, bukak2 youtube dan selamat menonton! (sila baca macam nada Dr. Izzi hj Ali)

Tuesday, November 29, 2011

The Hungry Rabbit Jumps

Last week trip to Genting and KL.
Plan asal nak g KL je, tp "ter"pergi ke Genting skali. 
So, layankan je la... 


To Genting. Membuta sepanjang jalan. 

Kalau sebut je Genting Highlands mesti korang layan pegi theme park and casino je kan.. haha.  So skali2 leh la tukar angin pegi tempat lain plak, mcm Genting Strawberry park. Entrance free je, cuma perlu bayar kalau nak self pick the strawberries. RM6/100g..

Aku bajet Strawberry Park ni kecik je. Yela, nama pun Strawberry Park, ingatkan ada strawberry je. Skali masuk, tak jumpa jalan keluar. Punyala besau tempat ni. Macam2 ada!. Tapi takdela sampai ada cinema skali kat dalam tu. Hikhik. Maksud mcm2 ada tu, mcm2 jenis pokok lain lagi yg ada selain daripada strawberry. Itu je..


Inila dia tujuan sebenar g KL. Nak pegi Big Bad Wolf Aftermath Sale. Rasa nak pitam je bila masuk sini and tengok buku2 yg semuanya dijual dgn harga RM5 & below.. Perghh.. Memang best! Semua orang pakat duk pulun buku sampai berkotak-kotak.. 

Ini aku pnya. Aku pulun novel je. Yg buku home deco, masak2, etc tu mak n sis aku da bli bnyk2. So xyah le membazir bli menda yg same. Ye dak? Hehehe. Sophie Kinsella pnya novel tnggal "Confession of a shopaholic" je. Yg lain2 da habis msa sale sblum ni  kot. Hukhuk. T_T

Food hunting with my sis @ Seoul Garden. Pergh, kenyang gila smp terus mengantuk lps makan. Ish2..tak patut. Tabiat buruk ya, jangan diikut.

Lepas makan kitaorang jalan2 pusing UO konon2 nak bakar lemak, skali jumpa Padini tengah buat sale gila2. Ya, gila2. Almost semua barang ada discount 50% or 70%. Kalu ikut hati bnyk lagi nak rembat, tapi disebabkan manusia ramai sgt, terpaksa la batalkan hasrat. Nak masuk fitting room pun queue pnjg gila. Isk3. Tak kisah la psl fitting room tu, sbb tak penting sgt, tp yg aku tak puas hati, kena beratur smp sejam time nak bayar. Wargh... Ya, memang ramai org, tapi sepatutnya dorang perlu sediakan pekerja & kaunter extra la time2 sale cenggini. Da tau buat sale, tp pekerja tak cukup, slow plak tu!. Mau tak naik darah masa queue, dah la kitaorg beli tiket wyg kol 6. Pkol 6.35 baru masuk cinema. Tapi tak kisah sangat sebab cerita Seeking Justice tu memang hampeh... The hungry rabbit jumps.. lol.

Balik kampung! 

Tuesday, November 22, 2011

I'm Malaysian, and proud to be one.

Hey earthlings...
I bet malam ni mesti ramai Malaysians yg over excited smp tak bleh tido kan? kan?
Indon pun ramai gak takleh tido, maybe duk menangis dlm jamban.
Hee...sangat gembira and bangga lah ngn korang wahai skuad Harimau Muda.
Final bolasepak SEA Games 26 ni memang terbaeekk... memang butthurt betol la indon2 kali ni.
Habis beku and ketaq kaki tangan aku duk tengok bola.. bengkak tonsil yg da nak sembuh pun mcm da sakit balik. Tapi takpela. Berbaloi. Lagi2 bila Fandi Othman masuk walaupun injured kan kan? Lagi sweet bila dia bleh score penalti. 
Tapi bagi aku man of the match still Fakri Saarani Baddrol Bakhtiar. Bygkan betapa pressure nya dia nak score penalti yg last tu. Perghh.. Bila dia score habis bergegar satu rumah.. haha

Haa..dahlah kot aku merapu kat sini. Barang2 nak kemas p genting esok pon tak abes lagi. 
And oh yeah, bab2 indon yg duk ngutuk Malaysia ni, aku malas la nak cite.. bukannya ape, tak guna bergaduh ngan orang2 bodoh & tak bertamadun cam depa. Buat perabih ayaq liuq, buang masa, buang tenaga.
Jalur gemilang kena bakaq, Negaraku kena boo, YDA and PM pun dorang hina, habenda ni? So pathetic la wey.. grow up la sket.. cara korang yg mcm tu membuktikan pada dunia sikap sebenar sebilangan besar rakyat ko. 
Malaysian pun takyah la duk kutuk balik Indon2 tu suma, biar je depa nak cakap pa. Ni bukan masalah pengecut ke hape, tapi bila korang lawan balik korang pun sama je tak bertamadun cam depa. 
Sudah la. Termerapu plak.
Kbai.

haha. cute je fandi othman tido time amek gambar.

img cr : pakcik google

nota kakitangan : Huwaa..sedih bila tau Izzaq Faris Ramlan injured time lawan Myanmar and tak beraksi di final. Semoga cepat sembuh, then bleh main Ganu la plop. Ke guane? Heee...




Sunday, October 30, 2011

Antara perkara yang boleh menggelikan bulu kaki

err..nape ye ramai yg suka cerita hal2 couple dlm blog?
i mean, cerita mcm mana jumpa dia first time, pastu dating & betapa "sweet" nya BF dia, tepek gambar laga2 pipi ngan BF, main cuit2 dagu, garu2 bontot etc etc.
Plak tu slalunya yg ppuan tu pakai tudung bagai, tp....hurmmm...

Aku tulis "BF" sbb slalunya ppuan la yg suka wat kerja cam ni. Klu ada laki pun bleh bilang ng jari je..
Bukannya aku nak memandai ke, nak jadi ustzh ke habenda, sbb diri sendiri pun bnyk lg yg xkena tp kan.. erm.. menyampah la ngan menda2 camni. Serius menyampah dan geli.
Da terang tang tang hang duk buat maksiat amek gambar laga2 pipi, pegang2 tangan, bangga sangat ke bleh buat mcam tu?

Bila bahagia semua menda nak cerita, semua gambar nak tepek, tapi bila tiba2 clash malu sendiri.. mulala cakap "sy x akan delete post dulu2 sebab sy anggap tu semua memori kehidupan saya."
Err, hello, sebab memori @ nak cover malu?
Lu pikir la sendiri...
Renung2kan dan selamat beramal! :)

gambar ihsan pacik google. tade kena mengena ngn hampa smua!


nota kaki : aku tulis ni secara terbuka, x ditujukan pd mana2 pihak, tp klu terasa, bleh la start berubah. lol
*peace yaw*